Sunday, March 1, 2009

Status HALAL or HARAM

Ceritanyer mmg dh lama terexposed... cuma masa tu on off sbb kebanyakkan kita belum celik IT n belum banyak bukti mata n belum ada yg betul-betul mampu membahaskan kesahihannyerr... So, dikesempatan ini sy siarkan seberapa banyak artikel yg berkaitan jugak berharap kengkawan dpt membantu mana yg terkurang...

Bukanlah niat sy mengajak anda memboikot tanpa usul periksa... ketahuilah sedare-sedari, sy tdk mendpt aper-aper komisen dr menyampaikan berita-berita yg menyentuh sensitiviti umat ISLAM... INSYA-ALLAH

Tujuan sy hanyalah sekadar menyampaikan aper yg mampu sy lakukan utk sedare-sedari ISLAM sy... kerna sy bukan pejuang yg mampu menghunus senjata melawan di medan perang, sy jugak bukan ulamak yg mampu membawa sedare-sedari ke jalan yg diredhai ALLAH, sy jugak bukan siapa-siapa pada anda melainkan sedare ISLAM seagama...



Terpulang kpd anda utk memutuskannyerr... tetapi, one thing that I know...



"IF COME TO HALAL / HARAM, THERE IS NO COMPROMISE"





I rcvd dis attachment dr seorg kawan emailer pd 3/2/09 n mendpt pelbagai reaksi dr pembaca. Ini antara responses yg dpt sy paparkan buat tatapan my blog follower...

Vogue Gitu - 3/2/09



So… guyzzzzz….. wat r u waiting 4????
Dh lah investor ke ISRAEL… dh tu NON-HALAL some more
Tk tahu dh dikasi tahu…





Suhaida - 3/2/09



Betul ker, kak? Ni ayat yg aku copy dr website. Lengkap…. Takde ubah2 pun?

Fadzlina - 3/2/09


LER...



Sukor - 3/2/09



Salam,
wahai saudara saudara ku …
Persoalannye mudah;
Kenapa boleh dapat certificate halal dari JAKIM.
Bermaksud kredibility JAKIM untuk membela keislaman di negara ini boleh dipersoalkan dan amat diragui.
Adakah JAKIM Itu terdiri dari golongan munafik?
Adakah M’sia benar2 sebuah negara islam?
Adakah ini hasil nye dari sebuah negara islam Hadhari?

Inilah hasilnye kalau sebuah kerajaan meletakkan Islam bukan sebagai panduan malah sekulerism sebagai pendekatan kepada negara yang berbilang kaum kononye sebagai alasan untuk survival. Maka musuh menunggug peluang untuk mengambil kesempatan & menggunakan sebaik2nye .... hasilnye, sama2 makan benda yang tak halal?????

Apa yang dapat kite buat selain dari memboikot .... esok lusa bila dah senyap ada lagi isu lain yang berkaitan dengan islam cth Kristian menggunakan nama ‘ALLAH’ utk sesuatu penerbitan dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)... KDN tu bukan orang islam ke?
Apa boleh kite buat .... kemana arah generasi kite akan dtg ... bertindaklah dari sekarang untuk Islam kesayangan kite ... jangan dibiarkan hanya tinggal nama

Wasalam



Azri - 3/2/09
Wahai saudara-saudaraku…
Saya bersetuju dengan pendapat saudara kita; kredibility JAKIM untuk membela keislaman di negara ini boleh dipersoalkan dan amat diragui.



Kita lihat artikel di atas. Kita boleh buat kesimpulan tentang JAKIM. Walaupun isu nampak berbeza tetapi bagaimana pendekatan JAKIM menangani isu yang menyentuh sentimen orang Islam.

Saya pernah bertanya dengan seseorang; di Malaysia JAKIM yang mengeluarkan status HALAL; jika pengesahan yang di buat meragui, bagaimana kedudukan makanan orang ISLAM.

Jawapan : Jika awak sembelih dua ekor ayam; satu di masak oleh ibu awak dan satu lagi di masak oleh Ah Meng; mana satu yang awak pilih?

Kesimpulan: Hari ini pilihan di atas tangan kita, jika kita lebih mementingkan LIFESTYLE maka kita akan makan makanan Ah Meng tapi jika kembali kepada soal hukum maka kita akan pilih yang terbaik untuk darah daging kita. Antara yang HALAL dan HARAM itu adalah syubhah.

Regards,
MOHD AZRI ASHARI
IOI LODERS CROKLAAN OILS SDN BHD
T: 607-3818888 F: 607-2511798 H: 6013-7795100


Suhaida - 3/2/09
Kat bawah ni aku bg references. kalau korang nak boikot jugak, biar le sebab ISRAEL. Status HALAL tu, bergantung pd individu. Bg aku, kalau nak hukum sesuatu biarlah kene pd kesalahan & bukti yg betul2 kukuh…














































































Syarifah - 3/2/09



mmmmmmm....ye ke









Suhaida - 3/2/09



Bergantung pd individu….



ct maimanah - 3/2/09
بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Saudaraku sekalian……
Pada pendapat ambo lah….kenapa mesti nk meragui kredibility JAKIM. Kalau isu campur mencampur bhg babi dalam makanan ni itu adalah cabaran bagi kita umat islam…coz kebanyakan testing if we added with anything part of pork the result is 100% the best….berbanding dengan campuran bahagian binatang2 lain….JAKIM hanya memantau syarikat2 yang ada membuat permohonan untk melebel HALAL pada produk mereka….yg x apply memang dia x leh buat apa-apa tindakkan sebab Negara kita pelbagai bangsa….kita sebagai pengguna WAJIB berhati2 ketika membeli, dengan ada logo halal JAKIM itu dapat membantu rasa selamat ketika membeli… tapi kalu tak ada logo halal jakim tu kita makan jugak…tu sendiri tanggung lah…. Antara yang HALAL dan HARAM itu adalah syubhah.

Saudaraku ……..
Berbalik soal KFC tu…….. isu ni rasanya dah banyak kali timbul….apa yang menjadikan ayam tu tak halal….sebab tak di sembelih dengan sempurna ….munkin boleh terjadi…sebab kita tak Nampak dia sembelih depan mata kita….itu kfc…macamana dengan lauk ayam yang kita makan kat kedai2 ayam yang kita beli kat pasar2 kita pun tak Nampak dia sembelih…… Antara yang HALAL dan HARAM itu adalah syubhah.
Tapi KFC punya ayam rasanya lagi selamat sebab di pantau oleh JAKIM berbanding dengan tempat sembeleh yang kita sendiri pun tak tau kat mana ayam kiok….

Saudara ku sekalian….
Ada satu lagi haram yang kita selalu tak sedar….
sebenarnya fitnah itu haram karena ada suatu hadist yang berbunyi “Alfitnatu asyaddu minal qotlu”.yang artinya fitnah lebih kejam dari pada pembunuhan.kalau soal hukum dalam islam kurang banyak referensi nya tapi ada yang menyebutkan bahwa pemfitnah itu harus di kucilkan apabila sudah terbukti bahwa ia memfitnah orangdan orang yang tak sengaja memfitnah karena termakan fitnah itu tidak boleh di hukum karena ia sendiri tidak tahu kalau itu finah. Maka bersama-sama lah kita muhasabah kan diri kita ke jalan yang lebih diredoi.

kalu KFC buat repot polis ni…x pasal2 kita masuk balai…

Wallahuallambissawab…..

Regards,
Siti Maimanah Bt. Shahri
Planner Department
IOILC (07 2511716-Ext 214)



Hj. Afandi - 3/2/09



DOSA /PAHLA TAK SAPA BOLEH LIHAT.
AMAL BAIK / AMAL BURUK KALAU SENDIRI BUAT, ORANG LAIN TAK TAHU, HANYA ALLAH YANG DAPAT MENILAI NYA.
KALAU TANYA DENGAN SEMUA ORANG PENDAPAT MASING2…….MACAM2 ADA.
KALAU RASA DAH TAK MAHU BERSUBAHAT DENGAN DOSA ORANG LAIN, NAK FIKIR SENDIRI PUNYA AJA, JADI LAH PETANI & PENTERNAK SUPAYA
APA YANG DI MAKAN TIADA YANG SYUBAHAH LANGSUNG. TAK PAYAH GUNA BARANG2 YANG TERJUAL DIPASARAN. JANGAN BERHUTANG DENGAN BANK
PON, NAK BELI BARANG SEMUA DENGAN CASH. BUAT CARA TOK NENEK KITA DULU2. INSAALLAH BERKAT.
KALAU MASIH NAK SOKONG KREDIBILITY JAKIM JADI RAKYAT MALAYSIA YANG MENYOKONG PENOH KERAJAAN PEMERINTAH SEKARANG YANG PENOH DENGAN MACAM2 ADA TERUSKAN SOKONGAN ANDA, KAT DUNIA NI TAK ADA SOAL JAWABNYA LAGI, NANTI DAH PEJAM MATA, DUDUK SORANG BARU KENA TANYA APA YANG DAH KITA BUAT MASA ADA NYAWA LEKAT KAT BADAN. HIDUP BUKAN SEKALI……..MATI YANG CUMA SEKALI.
DUNIA DAH TUA, IKUT KATA NABI KIAMAT DENGAN NYA MACAM JARI TELUNJUK DAN JARI HANTU, GAP NYA TAK BESAR MANA.
TEPUK DADA TANYA IMAN , AMAL DAH BANYAK MANA NAK BAWAK BALIK JUMPA PENCIPTA KITA. JANGAN LAH TEPUK DADA TANYA SELERA.

LU PIKIR SENDIRI AJA. SEBAB NANTI PON TAK ADA SAPA NAK TOLONG MELAINKAN 3 YANG DAH DISEBUTKAN SELALU.

TERIMA KASIH.





Sukor - 3/2/09





Salam,
Saudara2 ku …..
ianye satu persoalan bagi membentangkan pendapat bukannye memfitnah sesiapa atau mana2 agensi
fokus aku kepada apa yang bathil,, kemana hak kite sebagai tuan kepada Negara Islam bilamana agensi yang dipertggjwbkan bagai menjadi pak turut kepada kehendak pemerintah sekulerism bagi memberi hak kesaksamaan semua kaum yang akhirnye membiarkan keputusan kepada individu dan merugikan ISLAM itu sendiri(rujuk article; JAKIM tidak boleh halang)



Surah AN NAHL
Ayat 114 - 116
Firman Allah SWT;
“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barang siapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”

sedarlah
saudara2 ku …. Bukalah minda seluas2nye, siapa lagi yang harus membela kesucian akidah islam…
Bukan Raja, bukan PM, bukan juga JAKIM tapi DIRI KITE SENDIRI ….

………ALLAHUAKBAR……..

Thanks and regards.

Abd Sukor Ahmad.
Maintenance Department.
IOI LODERS CROKLAAN OILS SDN BHD. (32587-A)
t : +607 381 8888 ext : 222
f : +607 251 1798



Azri - 3/3/09



Wahai saudara-saudaraku…

macamana dengan lauk ayam yang kita makan kat kedai2 ayam yang kita beli kat pasar2 kita pun tak Nampak dia sembelih…… Antara yang HALAL dan HARAM itu adalah syubhah.

Kalau kedai pemilik dia bernama Siti, adakah kita meragui?? Kalau meragui jugak maka kita kena request kantin kita tunjuk sijil JAKIM termasuk kat rumah kita.
Tapi kalau soal sembelihan, kita kena tanya penjual kat pasar. Kalau beli kat pasar raya??? Ini jawapannya.

Hari ini kalau kita percaya dengan sijil JAKIM dan tidak boleh dipertikaikan; KITA MAKAN SAMA-SAMA..LOGO HALAL ada kan??Kita lihat artikel ini:












Nukman Bin Basyir r.a katanya. Aku mendengar Rasullullah bersabda :
Sesungguhnya perkara HALAL iu jelas dan perkara yang HARAM itu jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syuhah yang tidak diketahui orang ramai.Oleh itu, sesiapa yang menjaga diri dari perkara Syubhah, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam Syubhah, bererti di telah terjerumus ke dalam perkara HARAM, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah!! Sesungguhnya setiap penguasa(kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah!!Sesungguhnya daerah terlarang milik Allah adalah apa sahaja yang diharamkanNya. Ingatlah!!Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila is baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah dikatakan hati.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis riwayat At-Thabrani baginda bersabda, maksudnya: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya.

Muhasabah diri....apakah yang dikatakan fitnah dan apa pula yang fakta? Dan bagaimana untuk mencari keredhaan Allah dan keberkatan dalan hidup kita.
Adakah dengan lafaz ”Tawakaltu alaAllah “ kita akan selamat selamanya???
Regards,
MOHD AZRI ASHARI
IOI LODERS CROKLAAN OILS SDN BHD
T: 607-3818888 F: 607-2511798 H: 6013-7795100

Liza - 3/3/09

Kuasa membeli memang di tangan anda. Jadi belilah makanan yang kita yakin halal. Sekira ada was was didalam hati...di nasihatkan jangan beli. Itu lebih baik. Nasihat menasihati, ingat mengingati sesama saudara Islam memang di harapkan. Tidak faham boleh bertanya. Bermuzakarah itu lebih baik dari pada kita menjadi makhluk yang sombong bodoh.

Liza

Vogue Gitu - 3/3/09

HALAL sihh….

Now can eat maaaa…
Make sure got LOGO HALAL JAKIM ..k…????

Is there any argument on JAKIM credibility….?????

Is up to individual perception…???? Kita yg tahu ingat mengingati.. that is ISLAM and MUSLIM way of life... Pengetahuan manusia terbatas n kemampuan diri masing-masing dlm berfikir jugak berbeza-beza…

Kenapa isu credibility JAKIM yg kite pertikaikan..??? Tidak.. aku tdk mempertikaikannyerrr… Tp, one thing yg aku boleh bagitau… JAKIM itu tertakluk dibwh beberapa akta yg digubal n dipantau kerajaan…. (korang cari sendiri lerr…)

Betol… kalau JAKIM sendiri kite pertikaikan… dgn siapa lagi kita nk harapkan..??? Bermakna.. kite ni menganggap yg JAKIM akan memikul semua dosa yg kita lakukan kerna kite sekadar mengikut aper yg telah diiktirafkan oleh JAKIM….???

Bukankah, ISLAM mengajar umatnyer… taatilah ibu bapa n pemimpin selagi mereka menyeru kepada kebaikan… dan kita jugak wajib menegur dan harus tidak mentaati mereka sekiranyer mereka menyeru ke arah kemungkaran…

Berbalik kpd JAKIM… JAKIM itu sebuah JABATAN yg di bwh undang-undang kerajaan… siapa itu KERAJAAN..??? of course manusia yg dipertanggungjawabkan dan diberi kepercayaan utk menjalankan perintah yg dikeluarkan oleh KERAJAAN.. lagi sekali siapa itu KERAJAAN ??? Adakah uindang-undang manusia melebihi kesempurnaan undang-undang ALLAH….?????? Kite tk salahkan JAKIM… begitu jugak kakitangan JAKIM sendiri yg tdk dpt berbuat aper-aper terpaksa mencari initiative sendiri utk mewar-warkan berita yg tdk dpt mereka exposekan dgn menggunakan nama JAKIM… Jdlah isu UNDERGROUND yg sukar diterima oleh sesetengah kita yg mmg dh lali dgn mende-mende SYUBHAH ni….

Ader pulak pihak yg berinitiative mengatakan fitnah semata-mata… siap bagi nas QURAN ttg fitnah…. Baguslah tu… INGAT-MENGINGATI jgn sampai sedare kita tersesat… ALHAMDULILLAH…. Bukankah kita sendiri membuat tuduhan ke atas sedara kita yg hanya sekadar menyampaikan aper yg diketahuinyer demi kesejahteraan kita bersama. Mungkin bukan utk hari ini.. mungkin bukan utk zaman kita… boleh tak berfikir utk generasi ISLAM akan dtg… (itupun kalau sempat… belum kiamat)

Pernah dengar “UNDANG-UNDANG DIBUAT UTK DILANGGAR” So.. is up to individual… dh tahu fakta masih nak teruskan, kite nk buat camner… Ader org dh tahu terus stop… Ibarat anda berpuasa.. tetiba dek kerna terlupa kita makan ayam… dah separuh peha ayam masuk perut baru ingat… SOALANNYERR “APER YANG AKAN ANDA LAKUKAN…???” Batal atau tidak PUASA kite tu kalau teruskan jugak…????

Maaflah, aku ugama cetek.. tulis tanpa fakta..

Betol la LIZA, aku sokong ko… TQ coz of yr valuable support

Bermuzakarah itu lebih baik drpd org yg SOMBONG BODOH… siapa org yg SOMBONG… dh tahu fakta masih menidakkan… siapa yg BODOH.. yg menyampaikan tanpa fakta dan usul yg nyata…(AKU kerr…???)

CTH lagi la…
MUSLIM well known solat itu tiang segala amalan… tp naper masih tak buat, atau culas-culas… BUKANKAH itu rukun ISLAM dr ALLAH kpd MUHAMAD s.a.w dan diperturunkan kepada UMATnyer…???? Aper related nyer cth aku ni…???? Saper nak jawap..???

Aper besarnyer JAKIM itu sampai ader yg marah bile ada sesetengah org mempertikaikan credibilitynyer…???? Yg menegur tu tak dpt aper-aper komisen pun dr mana-mana pihak… Ada pulak yg cakap kite ni IRI dgn KFC atau nak SABOTAJ JAKIM… Aper maknanyer tu…. BERFIKIRLAH secara POSITIF.. Bukankah itu yg kite selalu ingat-mengingati suatu waktu dahulu…???? BILE.. Well… U know when…????

Adakah JATUH KAFIR org yg tak SOLAT…???? Jika YA… siapa kita menghukum AMAL n DARJAT kite sesame manusia….???


Perlukah kita bermusuh n berperang sesame sendiri hanya kerna mengingatkan sedara kita…???? ISLAM pun tak suruh kan… jika ditegur dgn kata-kata masih tak jalan… (itupun setelah beberapa kali dicuba lerrr… bukan sekali tegur pastu masih tak ikut kite pun buat BODO) cukuplah pulak menghalang / menidakkan didlm hati…

BETOL ker tu… Kalau salah diPERBETULKAN bukan DIUMPAT atau DIPERLI… Jdlah seorang kawan yg membina bukan kawan MENJATUHKAN….

2 comments:

  1. wow..dramatic ending..hj power rangers lah..
    go..go..hokaido

    ReplyDelete
  2. chaiyo!!!

    errr... ko puji hj pun... dier xtau..
    cuber ko introduce blog aku ni kat dierr....

    Ala.. bg dier pun, bukannyer dier tu pandai mereply... cakap kt blkg jerrr beso... biler mintak tulun reply... 1001 mcm alasan....

    huuhhh!! Dasar... tutttt!!

    ReplyDelete