Thursday, February 26, 2009

Petrol Naik Lagi Ka...???

Minyak naik : Baik lagi hujan bom atom di negeri sendiri
Apa korang nak komen..???


Rakyat Malaysia bukanlah cerdik sangat. Apabila harga minyak naik, bising satu negara. Kita kena faham, harga minyak dinaikkan apabila ada peningkatan dalam kos pengeluaran dan kos jualan petroleum di seluruh dunia. Apa yang Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia lakukan adalah yang terbaik. Bukankah dia cucu ulama, bukankah dia pemimpin negara..??? Dia mendapat undi majoriti penduduk Kepala Batas. Dia tahu apa yang terbaik untuk rakyat dan keluarganya. Dia wajar membandingkan harga minyak di Malaysia dengan Thailand dan Singapura. Dua negara ini bukan pengeluar minyak berbanding Malaysia. Kos perkhidmatan naik di negara pengeluar minyak. Thailand dan Singapura membeli sahaja. Jadi, harga minyak perlu dinaikkan di Malaysia. Berkaitan gaji di Singapura, pencuci tandas di sana mendapat RM2,500.00 sebulan. Di Malaysia, PTD dan pekerja professionalnya mendapat gaji sebanyak itu. Tanyalah orang Permatang Manggis, Tasik Gelugor, Lahar Yooi dan Kepala Batas.
Apa ???
Ada yang tidak pernah ke Singapura pun. Mereka tidak tahu...?? Tak perrr. Kita tunggu rombongan Cik Kiah anjuran Reezal Merican.
Ini kebijaksanaan pemimpin UMNO dan BN mengurus negara. Rakyat Malaysia bukanlah cerdik sangat. Cuti-cuti Malaysia pun belum kesampaian hajat. Pemimpin Malaysia sudah ‘cuti-cuti dunia’. Mereka tahulah apa yang terbaik.
Satu pertiga gaji bulanan rakyat Britain boleh digunakan untuk membeli sebuah komputer. Manakala tiga bulan gaji kebanyakkan rakyat Malaysia dapat membeli sebuah komputer. Rakyat Malaysia yang bengong apa tahu.
Pendapatan perkapita rakyat Malaysia rendah berbanding negara Singapura, England dan sebagainya. Bagi pemimpin kita sekarang, dalam hal ini yang terendah itulah yang terbaik.
Jika hendak diberikan contoh atau dibandingkan sesama negara, ikutlah cara dan kebajikasanaan pemimpin Malaysia.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur, tolnya mencecah RM60.00 satu hala. Dari Danok Thailand ke Pengkalan Kubor Kelantan, lebuhrayanya percuma. Ini jangan dijadikan contoh. Pemimpin Thailand tidak cekap menguruskan perkhidmatan awamnya.
Projek lebuhraya Malaysia siapa yang menguasainya? Bukankah pemimpin dan kroni mereka?

Kenalah untung lebih. Bukankah mereka yang memerah otak untuk kebaikkan rakyat Malaysia yang dungu..???
Di Singapura pengangkutan awamnya bermutu. Di Malaysia RM4 billion disimpan untuk memperbaiki pengangkutan awamnya dan wang tersebut masih disimpan. Inilah bijaknya Abdullah dan kabinetnya yang cekap itu. Di Thailand, sekali sahaja perlu dibayar untuk mengambil lesen memandu. Di Malaysia, tiap-tiap tahun kita membayar untuk tujuan itu. Bukankah kerajaan BN pandai menabung untuk kestabilan negara..???

Di Brunei, kerajaannya tidaklah secerdik kerajaan Abdullah kaki lena. Cukai Malaysia dikutip setiap tahun berbanding negara Brunei hanya sekali sahaja.
Naiknya harga petroleum di Malaysia bukan bererti kerajaan akan menaikkan tambang bas dan pengangkutan awamnya kerana syarikat-syarikat di Malaysia sudah terlebih dahulu menaikkan harga sehingga lima puluh peratus. Mereka tahu kerajaaan Abdullah kerajaan yang tidur lena. Tidak dapat berbuat apa-apa. Siapa kata harga barang makanan dan harga barang pengguna akan naik...???

Di Malaysia, setiap kali harga minyak naik, rakyatnya seronok kerana harga barangannya turun mendadak. Kerajaan masih meneriakkan, “kita tidak akan membenarkan kenaikan harga”. Orang kampung pula menangis menderita, harga barang sudah dipestakan.

Bukankah hebat kerajaan sedia ada...???
Rakyat Malaysia tidak pandai berekonomi. Takkanlah Petronas sahaja yang perlu membayar subsidi. Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Ustaz Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang bukannya tahu pasaran globalisasi. Itu sebabnya ada penasihat khas di tingkat empat dan ketua-ketua media yang berpendidikan gred tiga MCE. Mereka memberitahu rakyat agar mengubah gaya hidup. Ikut cara Rosmah - Najib. Dulu membeli barang seorang diri. Sekarang, seperti dibangkitkan di Parlimen menggunakan segala jentera kerajaan Malaysia di luar negara untuk bershopping. Inilah kepandaian mengubah gaya hidup.
Sesuaikah menteri, VIP, Tan Sri dan Datuk di Malaysia menggunakan NGV....??? Janganlah susahkan mereka. NGV hanya sesuai untuk orang kampung di Jerlun, Cerok Tok Kun dan di Keroh. Itupun apabila ada tangki gas NGVnya di sana. Tunggulah berbelas tahun lagi. Menteri kita berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Lima puluh tahun merdeka, huru-hara dibuatnya Malaysia. Bukankah itupun kerja namanya....???

Petani, penternak, nelayan, mahasiswa dan orang kampung serta kakitangan kerajaan di Malaysia perlu berjimat cermat. Ubahlah gaya hidup. Jangan pandai mengadu.
Berangan-angan untuk melakukan demonstrasi..??? Memang air dan gas water-canon FRU dibeli untuk membelasah rakyat Malaysia. Mana ada menteri dan VIP yang pernah disemburkan gas pemedih mata. Dipersila kan. Apabila sudah memilih BN, kena ikut arahan mereka. Ubah gaya hidup. Do what I say, don’t do what I do. Itupun tak faham. Susahlah.. Jadilah seperti mereka yang apple polish. Usung tilam di sana-sini. Boleh sambung kontrak bertahun lagi. Bulan depan, 1 Julai - kita berseronok pula dengan kenaikkan tarif elektrik. Harga gula pun dah naik. Baguslah... Kerajaan menjaga rakyatnya supaya tidak terkena kencing manis. Karborhidrat yang tinggi di dalam beras tidak elok untuk kesihatan. Naikkan harga beras. Makan segenggam nasi sahaja. Menteri Kesihatan Malaysia tentu gembira.

Seluruh wakil rakyat BN berdiam diri dengan kenaikan harga minyak. Itu tandanya mereka setuju di atas penderitaan pengundi. Langkah bijak BN menjaga kebajikan rakyatnya. Sebelum pilihanraya, Najib memberitahu harga minyak tidak akan naik tahun ini. Apa boleh buat. Najib bukan berlidah biawak. Naik sikit sahaja. Itupun terpaksa. Tahun 2004 RM1.37, 2005 RM1.62, 2006 RM1.92 dan 2008 RM2.70 sahaja. Secara keseluruhannya baru naik RM1.33 sen. Bukankah Malaysia mewah. Pendapatan Perdana Menteri RM60,000.00 sebulan. Gaji Shahrizat RM33,000.00 sebulan. Gaji Hamid Othman RM24,000.00 sebulan.

Rakyat Malaysia tidak perlu memprotes. Tak payahlah tunggu gaji minima RM900.00 sebulan. Nak gaji tinggi, jadilah menteri atau penasihat menteri. Tapi kena aktif UMNOlah.
Bukankah pemimpin BN dilantik oleh orang kampung yang bodoh. Sebagai pemimpin, kini tahulah apa yang dibuat. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul, sudahlah...
Dahulu pada zaman Jepun, rakyat Malaysia dipaksa memakan ubi kayu. Kini, kita kembali semula seperti apa yang datuk nenek kita amalkan. Ubi kayu zaman tu tidak berkarbohidrat tinggi. Jangan menjenguk dapur pak-pak menteri. Mereka makan ubi keledek, ikan darat dan garam kicap sahaja. Tanah di kampung masih luas, tanamlah ubi kayu. Tanam dalam pasu, tanam di atas bumbung dan tanamlah di mana-mana. Padi tidak perlu ditanam. Kita impot sahaja beras dari Vietnam dan Thailand. Pemimpin kita tidak makan beras. Selalu keluar negara. Mereka makan makanan barat dan Jepun.
Tanah di kawasan bandar kita jadikan kawasan perindustrian. Susah-susah pemimpin mencari pelabur luar negara. Simpanlah untuk mereka.
Ada yang kata harga minyak di Jordan, Venezuela , Mesir dan lain-lain negara sangat rendah. Kerajaan negara itu sudah tentu tidak pandai mengurus ekonomi. Jika masih tidak puas hati, pergi dan tinggal di sana .. Kan senang!!!
Kerajaan BN pandai. Dia tidak mahu sebut langsung berkaitan cukai pendapatan. Pendapatan tinggi perlu membayar cukai yang tinggi. Orang kampung apa tahu. Menteri, Tan Sri, Datuk dan kroni banyak duit. Mereka perlu simpan untuk membantu orang ramai. Apa guna membayar cukai pendapatan. Seronoknya di bawah kepimpinan UMNO dan BN. Hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan bom atom di negeri sendiri.


Karangan canggih ini dihantar oleh member emailer pada 7/7/08
Antara komen dr kengkawan emailer lain...


Vogue Gitu - 11/7/08
Nak nangis aku bile bace artikel ni…. Terlalu perihatin betol pemimpin kite ngan kesempitan rakyatnyer...

Rase nak peluk cium bapak-bapak pemimpin yg bersusah payah mengekalkan keharmonian negara selama merdeka dah lebih 50 tahun ni...


Jom Rileks Sat..!!!!

Kesan Harga Minyak Naik kpd TUDM...

Kesian.. kan????




Petrol going to increase again..??? RM3.15 !!!!

WHAT!!!!
When....??? Is it..????



Penjimatan Petrol Ala MatSaleh... Jimat gilerrr wehhh..!!!


Antara Petrol And Petronas

Kenaikan harga minyak, Petronas & Subsidi


Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of Petronas claimed that Malaysia will be net importer of crude oil by 2011. He however was forced to clarify that Malaysia will become net importer because the domestic demand of fuel is more than our supply by 2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by those Pariah in the Government.
Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly mention that in 2006 the ‘replacement ratio’ of our crude oil is 1:1.8. Which in layman terms, it means for every litre of petrol we use, Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the country used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000 barrels of crude oil reserve. That is 720,000 x 365 days.

Dear readers, to help us understand how the government can actually reduce the price of petrol and diesel, I have prepared the below essay.

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global ???

Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.

• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).

• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.

• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.

• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.

• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.
Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia
Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.
Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.”
Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.
250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.

Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.
Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi :-

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.


































Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara ????

Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.

Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.
Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.

Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara ????

Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.
Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah. Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara.

Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.







Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.
Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut!

rujukan : http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/16/kickdefella-bares-all/

Email ni pun aku dpt dr rakan emailer pada 10/07/08.....
Berikut ini beberapa komentar yg dpt aku kumpul...


Vogue Gitu - 10/07/08

Kite bukan nk salahkan petronas…
Yang dok boikot petronas sbb depa tau la… hasil petronas masuk gi maner… itu jerrrr…

Tp, mmg betol pun… kerajaan buat product aper pun.. yg baguih baguih dier eksport gi luar negara...
Malaysian mmg tak layak guna yg standard n berkualiti even barangan buatan sendiri (kempen gunakanlah barangan buatan malaysia – baru ajer..)
That’s y datin-datin rajin gi shopping kt luar negara. Ibaratkan kerajaan Malaysia ni.. “Kera di hutan disusukan….”

Tak cayerr...

Kete nasional yg murah n canggih gi eksport luar negara... minyak yg berkualiti tinggi gi eksport luar negera, tak cayer, jugak... Cayerrrr laaa...


Vogue Gitu - 17/12/08
I just refresh kan balik…

Rege Petrol turun lagi kan….???

Dah RM1.80 dah kan..???

Wednesday, February 25, 2009

PERAK HARI INI

APA PENDAPAT ANDA...???

MP: Rampas akhbar perbuatan 'samseng politik'
Feb 12, 09 11:57am

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas akhbar rasmi PKR dan PAS - Suara Keadilan Harakah - sebagai satu perbuatan 'samseng' politik.

Kedua-dua akhbar berkenaan dirampas kerana memuatkan laporan mengenai pergolakan politik ekoran pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional (BN) di Perak."Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat. Mereka sudah jemu dengan 'sampah' yang disiarkan oleh akhbar tempatan dan saluran televisyen, yang dimiliki atau ada kaitan dengan parti kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, isu-isu berkaitan dengan drama politik dan pembentukan kerajaan baru BN di Perak - yang didakwanya tidak sah - adalah perkara yang membabitkan kepentingan awam. Santiago berkata, rakyat membantah 'rampasan kuasa' tersebut yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi."Mereka mempunyai hak untuk mengetahui kebenarannya," tambahnya.

Sehubungan itu, Santiago menggesa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menghentikan taktik membuli itu dan sebaliknya diminta memberi tumpuan memulihkan ekonomi negara. 'Gangguan KDN' di samping itu, katanya, adalah satu kesilapan besar sekiranya tidak diperbaharui permit Suara Keadilan yang dijadual pada April depan.

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dilaporkan berkata Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik di Perak menjadi sasaran rampasan KDN minggu lalu.Menurutnya, hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara. Tian berkata, rampasan terbaru itu paling tinggi sejak organ parti itu mula mendapat sokongan meluas pembaca susulan kemenangan besar-besaran PKR dan pembangkang dalam pilihanraya umum, Mac tahun lalu.

Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.Gangguan KDN juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini kelmarin, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.


Cerita ni aku dpt dr seorang rakan emailer...
Berikut adalah beberapa komen dr kengkawan emailer jugak...


tokwan - 13/2/09
Amacam kita BOIKOT semua surat khabar....biar sampai tutup....jangan beli....kita pakat2 baca online jer....x payah bayar....klu dia tutup online lagi cantik....amacam. ...

milo_boy - 13/2/09
Setuju, saya dah lama tak beli akhbar bukan boikot, nak jimat.... boleh buat beli coklat untuk anak anak